Jangkaan penggunaan cili adalah untuk Penggunaan cili meliputi tahun 2009 sehingga tahun 2013.Jangkaan 6 tahun akan datang, penggunaan cili akan TERUS MENINGKAT berikutan bertambahan komposisi penduduk Malaysia, dan ini akan menambahkan peningkatan permintaan terhadap cili segera dan juga yang telah diproses sebagai cili sos atau cili giling. Manakala penggunaan kilang juga akan terus bertambah dengan wujudnya perhubungan di antara permintaan cili dengan penggunaan isi rumah.
Siapa yang tidak kenal dengan CILI? Bagi masyarakat Malaysia tidak lengkap rasanya sekiranya makanan tidak mempunyai rasa kepedasan cili merah atau cili padi.Ini kerana, rata-rata rakyat di negara ini, tidak mengira bangsa memang sudah ‘biasa’ dengan makanan pedas.Ini satu senario yang menunjukkan satu permintaan bagi industri perusahaan produk berasaskan cili yang kian banyak diusahakan, sebagai contoh industri sos cili.
Sehingga kini, penanam cili semakin meningkat dari hari ke hari. Mungkin disebabkan harga cili yang sentiasa memberangsangkan sehingga kadangkala mencecah RM20 harga di pasar menjadikan tanaman ini mendapat perhatian ramai pengusaha! Kaedah fertigasi yang semakin popular menjadikan tanaman cili dapat dikeluarkan secara komersil dan berskala besar. Secara tidak langsung dapat menampung permintaan yang semakin meningkat dari hari ke hari.Ya ! Pertanian sememangnya menjanjikan pulangan yang lumayan sekiranya anda nampak haluannya!
Antara Kesilapan-Kesilapan Usahawan :
- Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.
- Tiada pelan penjualan. Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.
- Malas membaca,sikap malas membaca,perlu diubah... anda dinasihatkan menggunakan 'mentor' !
Ya, mentor! Anda tidak perlu membazirkan wang beribu-ribu ringgit untuk mengupah mentor! Siapakah mentor yang saya maksudkan itu? 'Dia' adalah bahan rujukan,buku-buku,jurnal yang mampu memantapkan tahap pengetahuan anda dalam sesuatu bidang.
Al-kisah seorang forumer suka mengepos post-post yang antibuku..antipenulis dan segala macam anti didalam blog-blog mengenai ulasan buku...Mereka ini tidak sedar akan ramai usahawan berjaya lahir dari sikap rajin membaca buku...tak kira bilionair atau jutawanair...
Membaca buku memang membantu ramai usahawan.Contohnya ada usahawan yang ingin mengusahakan ladang cili membaca buku-buku tentang fertigasi, biografi orang yang berjaya dalam bisnes pertanian, buku pemasaran dan segala buku tentang dunia pertanian yang bersangkut-paut...
Akhirnya dia berjaya dalam bisnesnya...
Tidakkan membaca akan membantu usahawan??
Bagaimana buku ini membantu anda ?
Tujuan buku ini ditulis adalah untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada anda mengenai perniagaan cili dan menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam fikiran anda mengenai :
- Cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan cili disamping membantu anda dalam menyediakan aliran tunai syarikat.
- Membantu anda dalam menyediakan pelan penjualan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.
- Memaparkan teknik tepat menanam cili,pengurusan baja dan racun, pengenalan jenis-jenis serangan penyakit dan serangga perosak