Rabu, 21 Julai 2010

Ulasan Buku | Rancangan Perniagaan Cili

PERHATIAN : BUKU YANG AKAN DIBINCANGKAN INI ADALAH BUKU FIZIKAL SEMATA-MATA DAN BUKANNYA E-BOOK...



Assalamualaikum w.b.t...
Kepada bakal-bakal usahawan, usahawan mahupun pelajar IPT... Apabila disebut mengenai bisnes,ramai yang berminat untuk menceburinya. Ramai ingin mengetahui keuntungan yang lumayan sekiranya memasuki dunia bisnes. Tidak kira sekecil-kecil bisnes sehingga bisnes yang besar-besar.

Namun, minat tentang bisnes sahaja tidak mencukupi sekiranya anda tidak tahu selok-belok dengan dunia bisnes.Macam-macam perkara perlu difikirkan dan dipertimbangkan sebelum anda menjejaki dunia bisnes ini. Perkara yang paling penting di sini ialah menyediakan satu kertas kerja atau lebih dikenali rancangan perniagaan.


Tahukah anda apa itu Rancangan Perniagaan?

Rancangan Perniagaan ditulis bagi memenuhi keperluan dalam pembangunan usahawan dan perniagaan. Ia ditulis menggunakan bahasa yang mudah, ringkas dan padat berdasarkan struktur yang sistematik bagi memudahkan pembaca memahami konsep dan format rancangan perniagaan. Paparan sebuah operasi perniagaan di dalam buku ini memberi gambaran yang jelas berkenaan teknik rancangan perniagaan dilakukan. Rancangan Perniagaan juga membantu usahawan mengkomersialkan produk ataupun servis selain bagi memperoleh pembiayaan serta menarik pelaburan.

Di samping itu, buku ini juga mengandungi maklumat berkenaan perniagaan cili dan pelbagai strategi yang dapat dimanfaatkan oleh usahawan supaya syarikat terus maju dan berdaya saing. Justeru,buku ini menjadi sumber asas yang perlu dirujuk oleh pelbagai pihak yang menceburkan diri dalam perniagaan, diharapkan buku ini dapat membantu anda semua dalam menyedia dan melaksana perancangan dan pengawalan kewangan perniagaan dengan lebih berkesan dan bersistematik.

Jangkaan penggunaan cili adalah untuk Penggunaan cili meliputi tahun 2009 sehingga tahun 2013.Jangkaan 6 tahun akan datang, penggunaan cili akan TERUS MENINGKAT berikutan bertambahan komposisi penduduk Malaysia, dan ini akan menambahkan peningkatan permintaan terhadap cili segera dan juga yang telah diproses sebagai cili sos atau cili giling. Manakala penggunaan kilang juga akan terus bertambah dengan wujudnya perhubungan di antara permintaan cili dengan penggunaan isi rumah.

Siapa yang tidak kenal dengan CILI? Bagi masyarakat Malaysia tidak lengkap rasanya sekiranya makanan tidak mempunyai rasa kepedasan cili merah atau cili padi.Ini kerana, rata-rata rakyat di negara ini, tidak mengira bangsa memang sudah ‘biasa’ dengan makanan pedas.Ini satu senario yang menunjukkan satu permintaan bagi industri perusahaan produk berasaskan cili yang kian banyak diusahakan, sebagai contoh industri sos cili.

Sehingga kini, penanam cili semakin meningkat dari hari ke hari. Mungkin disebabkan harga cili yang sentiasa memberangsangkan sehingga kadangkala mencecah RM20 harga di pasar menjadikan tanaman ini mendapat perhatian ramai pengusaha! Kaedah fertigasi yang semakin popular menjadikan tanaman cili dapat dikeluarkan secara komersil dan berskala besar. Secara tidak langsung dapat menampung permintaan yang semakin meningkat dari hari ke hari.Ya ! Pertanian sememangnya menjanjikan pulangan yang lumayan sekiranya anda nampak haluannya!

Antara Kesilapan-Kesilapan Usahawan :

  • Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.

  • Tiada pelan penjualan. Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.

  • Malas membaca,sikap malas membaca,perlu diubah... anda dinasihatkan menggunakan 'mentor' !

Ya, mentor! Anda tidak perlu membazirkan wang beribu-ribu ringgit untuk mengupah mentor! Siapakah mentor yang saya maksudkan itu? 'Dia' adalah bahan rujukan,buku-buku,jurnal yang mampu memantapkan tahap pengetahuan anda dalam sesuatu bidang.

Al-kisah seorang forumer suka mengepos post-post yang antibuku..antipenulis dan segala macam anti didalam blog-blog mengenai ulasan buku...Mereka ini tidak sedar akan ramai usahawan berjaya lahir dari sikap rajin membaca buku...tak kira bilionair atau jutawanair...

Membaca buku memang membantu ramai usahawan.Contohnya ada usahawan yang ingin mengusahakan ladang cili membaca buku-buku tentang fertigasi, biografi orang yang berjaya dalam bisnes pertanian, buku pemasaran dan segala buku tentang dunia pertanian yang bersangkut-paut...
Akhirnya dia berjaya dalam bisnesnya...
Tidakkan membaca akan membantu usahawan??

Bagaimana buku ini membantu anda ?

Tujuan buku ini ditulis adalah untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada anda mengenai perniagaan cili dan menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam fikiran anda mengenai :

  • Cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan cili disamping membantu anda dalam menyediakan aliran tunai syarikat.

  • Membantu anda dalam menyediakan pelan penjualan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.

  • Memaparkan teknik tepat menanam cili,pengurusan baja dan racun, pengenalan jenis-jenis serangan penyakit dan serangga perosak




Isi Kandungan Buku

PRAKATA

BAB 1: RINGKASAN EKSEKUTIF

BAB 2: PENGENALAN

BAB 3: TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

BAB 4: LATAR BELAKANG PERNIAGAAN ATAU SYARIKAT

4.1 Maklumat Syarikat
4.2 Objektif, Visi dan Misi
4.3 Strategi Perniagaan
4.4 Maklumat Asas Projek

BAB 5: LATAR BELAKANG PEMILIK
5.1 Ahli Pekongsi 1
5.2 Ahli Pekongsi 2
5.3 Surat Perjanjian Perkongsian

BAB 6: RANCANGAN ORGANISASI ATAU PENGURUSAN
6.1 Carta Organisasi

BAB 7: RANCANGAN PENGELUARAN ATAU OPERASI
7.1 Sistem Fertigasi
7.2 Keperluan Operasi
7.3 Carta Aliran Perlaksanaan
7.4 Pelan Operasi
7.5 Senarai Jawatan Operasi

BAB 8: RANCANGAN PEMASARAN
8.1 Analisa Pasaran
8.2 Analisa Pesaing
8.3 Analisa SWOT
8.4 Strategi Pemasaran
8.5 Faktor-faktor Kritikal Kejayaan

BAB 9: RANCANGAN KEWANGAN
9.1 Anggaran Kos Permulaan
9.2 Hasil dan Pulangan
9.3 Aliran Tunai
9.4 Daya Maju Projek

BAB 10: JADUAL PERLAKSANAAN
10.1 Kalendar Perlaksanaan
10.2 Jadual Kerja

BAB 11: RUMUSAN


Mazura Binti Mansor dilahirkan pada tahun 1973, berasal dari Teluk Intan, Perak.Beliau mendapat pendidikan awal di SMKA Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar, Perak.Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok,Sarjana Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah(Ph.D) dalam bidang Pendidikan Keusahawanan di Fakulti Pendidikan, UKM.


Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Politeknik Johor Bahru pada tahun 1998,kemudian bertukar ke Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam sebagai pensyarah dari tahun 1999 sehingga sekarang.

Mempunyai pengalaman mengajar Kursus Keusahawanan melebihi 5 tahun di politeknik dan telah banyak memberikan konsultasi dan tunjuk ajar kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan.



Jika diikutkan, sekiranya anda hendak belajar bagaimana menjadi pengusaha cili yang berjaya melalui seminar yang dianjurkan di luar sana, anda perlu bayar tidak kurang daripada RM200 untuk setiap kursus !